Nature

ANUGERAH PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL 2021

 ANUGERAH PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL 2021


هذا من فضل ربي

Alhamdulillah atas anugerah ini..


🌹Anugerah Khas Pendidikan 🌹

 "Pencipta Kandungan Digital" 

    - Digital Content Creator

Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2021.

28 Oktober 2021

Grand Acmar Ballroom

Hotel Wyndham Acmar , Klang.




Tak terungkap dengan kata-kata atas anugerah ini..


Setelah membuat pembentangan di ppd, klang Kandungan digital yang dihasilkan (sumbangan selama 3 tahun, penghasilan video pdpc,tutorial menghasilkan video pdpc, video tutorial IQ NILAM, video Tips Melatih Kalam Arabiy, sistem enilam, Rak buku digital, PBD interaktif dll ) , kemudian mewakil ppd klang ke peringkat Negeri. Membentangkan pula di peringkat negeri berentap dengan wakil ppd daerah lain yang sememangnya hebat..

Subhanallah wal hamdulillah wallahuakbar, 

Akhirnya, insan kerdil ini terpilih ya Allah..


Terima kasih habibi Syukri Ibrahim yang bersabar dengan kesebokkan isteri.. ada masa berselisih faham 🤭( maklumla isteri banyak masa dgn laptop jer 😅)


Terima kasih #akademiyoutuber terutamanya YM Yu. Muhammad Suffi Yusof Yu. Zuly Rahimie Zulkfli Yu. Abeymat yang berusaha membantu guru2 seMalaysia menghasilkan content pendidikan. Kerana AYU kami berada di pentas anugerah ini.


Terima kasih Dr Saga Pengerusi edidik Malaysia yang telah memberi tunjuk ajar menghasilkan Sistem e-NILAM ketika PKP tahun lepas.


Tak lupa sifu pertama  وان حذرالدين yang mengajar cara menghasilkan video pdpc dan PBD interaktif pada awal pkp tahun lepas (Quizizz, kahoot dll).


Terima kasih USTP ppd Klang En Kashfi dan Cik Wan Norsyida yang mencalonkan diri ini dan menunjuk ajar pembentangan terbaik.


Segala ilmu yang dipelajari, digabungkan.. hinggalah melayakkan diri sebagai penerima anugerah inii..


Alhamdulillah dapat duduk bersama insan-insan hebat penerima anugerah yang terdiri dari pengetua Dr Norhayati , guru besar SK Pulau Indah Cikgu Hazi Kadir , cikgu Sarimah Yaakop dan guru-guru lain.


Dapat bergambar bersama Pengarah dan Pegawai-pegawai JPN ; Haji Yusri Dahromi, Ustazah Norizah Tukiman satu kenangan yang tidak akan dilupakan.


Terima kasih pentadbir serta guru2 SKKP, keluarga dan sahabat handai yang sentiasa memberi suntikan semangat dan memberi sokongan berterusan untuk diri ini teruskan menghasilkan Content pendidikan yang bermanfaat buat semua.






Banyak lagi nak dicoretkan. Tunggu video yer 😅🤭


Alhamdulillah🥰


#demimurid

#cikgucubayangterbaik