Nature

CARA BELAJAR ILMU TARANNUM AL-QURAN - PART 1


JOM BELAJAR TARANNUM

Farhatul Fairuzah    Pasti ramai yang mengenali sosok tubuh insan di tengah-tengah ini. Saudari Farhatul Fairuzah bt Panut yang merupakan Johan Qoriah Peringkat Antarabangsa tahun 2019. Insan hebat kurniaan Allah. Baru-baru ini iaitu pada 7 Januari 2023, pihak surau al-Mohsin menjemput beliau untuk mengisi Slot I LOVE QURAN. Banyak tips-tips yang dikongsikan untuk menjadi Qori / Qoriah di rumah (bukan untuk bertanding sahaja 😁 ) . Antaranya :


Tips menjaga suara : tidak makan buah-buahan yang sejuk seperti tembikai 
                                  tidak minum minuman berais
                                  tidak makan makanan yang pedas

Tips nafas panjang : Banyakkan bersenam dan berjogging
                                 berlatih bernafas dengan teknik pernafasan yang betul

Tips pandai tarannum : perlu berguru dan bertalaqqi serta konsisten berlatih ilmu tarannum yang dipelajari

    Saya nak ceritalah serba sedikit tentang Farhatul Fairuzah. Mengenalinya sejak tahun 2017 apabila sering mengikuti ibunya ke kelas tarannum di Masjid Jamiul Ihsani Sijangkang. Saya pula murid tua yang baru nak belajar dan mengenal ilmu-ilmu tarannum ini . Farhatul sentiasa cuba membantu murid-murid tua seperti saya ini untuk mendapatkan lenggok sesuatu lagu tarannum itu. 

    Ibu Farhatul Fairuzah adalah guru tarannum pertama saya . Daripada tidak tahu apa-apa, saya diajar asas tarannum. Memang agak sukar untuk mengikuti lagu-lagu tarannum ini pada awalnya. Niat utama saya mempelajari ilmu ini adalah untuk meningkatkan ilmu al-Quran sekaligus dapat melatih murid dalam pertandingan-pertandingan tilawah al-Quran dan tarannum.


 
Guru tarannum pertama saya Us Jaliah ( ibu Farhatul )


Kelas tarannum di masjid pada setiap hari Sabtu



kejayaan anak-anak didik dalam acara tarannum alquran tahun 2020

Tahun 2019


Tahun 2021











Previous Post Next Post