Nature

Kenali Muallimah Raziah Anuar

 


Assalamualaikum dan Salam ukhuwwah.
Ahlan wasahlan dan Selamat Datang ke Blog Muallimah Raziah Anuar.

Mari saya kenalkan diri saya.
Tak Kenal maka tak cinta..hee
Saya Seorang guru Bahasa Arab dan Guru Perpustakaan Media di SK Kampung Pendamar. Saya juga
seorang Youtuber Pendidikan di bawah bimbingan Akademi Youtuber. Jangan lupa SUBSCRIBE channel youtube Raziah Anuar yer.

Saya juga merupakan Jurulatih Utama Bahasa Arab (rendah) Negeri Selangor dan Jurulatih Utama PSS daerah Klang.
InsyaAllah, saya akan cuba memberi perkongsian berkaitan Bahasa Arab sekolah rendah dan pengurusan Pusat Sumber sekolah.

Antara Anugerah dan pencapaian terbaik yang telah saya capai ialah:
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010
2. Anugerah Perkhidmtan Cemerlang Tahun 2018
3. Anugerah Kualiti Pendidikan Islam : Anugerah Permata Budi tahun 2020
4. Anugerah Pencipta Kandungan Digital Negeri Selangor Tahun 2021
5. Anugerah Guru Ikon Pencipta Kandungan Digital Daerah Klang Tahun 2021
6. Guru Didik TV subjek Bahasa Arab Tahun 2021

Doakan saya agar terus istiqamah memberi perkongsian yang bermanfaat buat semua.💛💚💙😍







Previous Post Next Post