Nature

Mengurus Tanah Pusaka Tanpa Khidmat Peguam - DIY



Perkongsian dalam menguruskan tanah peninggalan arwah abah tanpa khidmat peguam☺️ Buat sendiri jer.

31 Mei 2023
Alhamdulillah.. setelah hampir 3 tahun baru dapat selesaikan urus dengan jayanya kedua-dua geran tanah arwah abah untuk mak dan adik-beradik13.

Terima kasih abah atas peninggalan harta ini. Cukuplah untuk adik beradik membuat rumah sendiri / rumah sewa / berkebun.

Sebenarnya, pengurusan harta peninggalan arwah (tanpa upah peguam),  tidaklah serumit dan semahal yang dibayangkan. Kita boleh urus sendiri. Tetapi yang menjadi rumit dan menyusahkan si waris yang mengurus adalah penerangan/penjelasan pegawai di setiap unit itu berbeza dan menyebabkan waris terpaksa berulang-alik banyak kali. Ini yang menyebabkan menjadi kemarahan orang awam yang mengurus harta peninggalan si mati kerana maklumat yang diterima atau dokumen yang perlu dibawa berbeza bagi setiap pegawai yang memberi penerangan.

Berdasarkan pengalaman saya, ada beberapa pesanan yang mungkin boleh dijadikan panduan agar tidak terjadilah peristiwa-peristiwa kecewa seperti yang pernah saya alami ( lain tempat, lain cara pengurusan)

1. Pastikan hari, waktu / masa urusan pejabat tanah. Hari Jumaat waktunya berbeza.

2. Terus ke kaunter pertanyaan di unit Pusaka untuk mendapatkan panduan mengisi borang online . Akan diberikan panduan mengisi online.
- Jangan bertanya melalui telefon , memang x kan faham.

3. Tanya pegawai kaunter tu sampai anda faham. Banyak istilah-istilah pengurusan tanah yang kita x faham.

4.Catat segala arahan serta  dokumen yang diminta. Kadang-kadang pegawai A minta lain. Next, Bila jumpa pegawai B cakap lain pula.(at least kita ada evidens)

5. Jika telah ada Surat Ikatan Amanah, pastikan maklumat diri terutama IC betul. Jika tidak, hakim bicara x terima dan terpaksa mohon tarikh bicara yang baru.( Setahun lagi menunggu). 
Ini yang terjadi pada saya, bila ic kakak tersalah dalam Surat Ikatan Amanah yang arwah abah buat pada tahun 2016. Ingatkan boleh betulkan masa bicara di mahkamah. Rupanya tidak boleh. Kena jumpa dahulu pegawai yang sahkan aurat ikatan amanah ini pada tahun 2016. Alhamdulillah pegawai tu ada lagi di situ dan masih hidup 😅🤭. Maka, hanya Geran tanah 1 jer boleh diselesaikan. Geran 2 kena mohon semula dan tunggulah setahun lagi 😅.

6. Prihatin dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan/dijangkakan untuk hadir ambil dokumen / dibicarakan.
Ada pejabat tanah daerah yang telefon. (Ini sangat bagus)
Pejabat tanah daerah saya, dia minta kita tengok e-mail jer 😔. Masa tengok tak de. Bila kita tak tertengok email, masa tula rupanya ada email masuk dr pejabat tanah. Masa urus geran 1 kebetulan tengok email , tarikh waktu bicara ada 3 hari lagi. Kelam kabut juga nak sediakan dokumen dan surat kuasa bagi yang tidak hadir bicara.(adik-beradik ada yang duduk jauh)

Tetapi, peristiwa x boleh lupa urus geran ke2. Dari tarikh permohonan ke tarikh panggil Bicara dalam tempoh 8 bulan ke setahun.. Bila dah 8 bulan lebih,  datang tanya pejabat tanah bila tarikh bicara. Pegawai tu kata, tunggu email. Kita dah lah risau bimbang terlepas dan tak tertengok email. Kalau dah terlepas, tunggu tarikh baru, mahu setahun lagi tunggu.
 Nak dijadikan cerita, email masuk saya tak perasan. Masa tu di luar kawasan yang internet ada tak ada.
Masa tu dah balik kampung di Pahang. Alhamdulillah Allah gerakkan hati suruh buka email dan teliti email yang masuk.

Lailahaillallah, berdebar hati dan jantung berdegup kencang bila nampak email pejabat tanah masuk. Baca dan teliti tarikh bicara. Allahu Akbar, ESOK PAGI??
Hari tu juga balik ke Selangor.. 

Itu pun kami diuji dengan masalah dokumen surat DDA yang mewakili adik beradik yang tak turut hadir. Sebelum ni Hakim Bicara A kata kalau dah ada surat IKATAN AMANAH tak perlu borang DDA  Tetapi kali ke 2 ni , Hakim Bicara B nak pula Borang DDA semua adik beradik walau tak terlibat dengan geran 2 ni.
Kelam kabut jugalah nak sediakan borang dda, jumpa pesuruhjaya sumpah dan hantar semula ke pejabat tanah unit pesaka ni 😅 

7. Jika dah dapat surat perintah Dari Unit Pesaka untuk diserahkan kepada Unit Pendaftaran, pastikan datang dan tanya dahulu pegawai Unit Pendaftaran, dokumen apa yang diperlukan untuk serah dan tukar geran. 
Apa yang terjadi pada saya , saya hanya mengikut arahan dari unit pesaka dokumen yang diperlukan. Bila jumpa pegawai unit pendaftaran dia nak pula dokumen lain😔 . Inilah yang menjadikan kita ulang-alik banyak kali ke pejabat tanah 🤣🤣🤣 stresss tau..

8. Pastikan segala salinan dokumen seperti IC dan surat beranak jelas dan terang. Terjadi pada saya, salinan dokumen yang dibawa x menepati format seperti salinan IC depan atas dan IC belakang bawah dalam satu A4, muka dalam IC x nampak hidung dan mulut, kabur.. semua dia reject tau.. 🤭

Apa-apa pun, alhamdulillah selesai setelah hampir 3 tahun. Satu pengalaman yang tak ingin diulang🤣🤣🤣

Semoga yang sedang urus tanah peninggalan si mati, dipermudahkan segala urusan. Nak lagi mudah, upah jer peguam. Cuma sediakan duit jer 🤭

Diharap pengurusan pejabat tanah dapat diselaraskan agar boleh memudahkan kedua-dua pihak.
Previous Post Next Post