Nature

Mural Laluan Berinformasi Pusat Sumber

  
MURAL LALUAN BERINFORMASI PUSAT SUMBER

  Alhamdulillah, sasaran kerja Pusat sumber tahun 2022 / 2023 untuk menceriakan luaran pusat sumber dapat dilaksanakan.

Projek Mural Laluan Berinformasi Pusat Sumber telah lama dirancang. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan menjayakan projek mural ini bersama Team Mural SKKP.

Terima Kasih anak-anak SKKP yang berbakat🥰

Penyerahan Sijil dan cenderahati kepada Pasukan Mural SKKP bersama Pentadbir dan YDP PIBG SKKP.

Hasil lukisan Mural Yang Kreatif
1. Lukisan Budaya Membaca di Taman Bunga
2. Mural Doodle Art
3. Mural Mata Pelajaran
4. Mural Galakan Membaca
Bagaimana terbentuknya Pasukan Mural ini?
Pada awalnya, projek Mural ini  diurus oleh pakar Mural SKKP Cikgu Hasbullah dan akan dibantu oleh Pengawas Pusat Sumber setelah murid menjalani Ujian Akhir Sesi Akademik.

Setelah berbincang bersama Guru Besar Pn Ainunhaida, saya terus membeli cat untuk dinding koridor  yang telah kusam dan mengupah orang mengecat dinding koridor dengan bayaran RM200. Cat Mural dan peralatan lukisan pun terus tempah dengan pembekal. 

Dinding koridor sebelum dan selepas dicat.


Tiba-tiba idea datang daripada cikgu Hasbullah yang menyarankan agar melibatkan murid-murid tahun 6 yang berbakat melukis kerana berdasarkan pemerhatian Cikgu Hasbullah yang mengajar seni lukis, murid tahun 6 ini ramai yang berbakat.

Tanpa berlengah, pada 30 Jan 2023 saya selaku guru GPM membuat pengumuman di perhimpunan sekolah tentang pencarian Murid tahun 6 yang Berbakat Melukis untuk Projek Mural ini. 

Alhamdulillah, pencarian murid berbakat ini mendapat sambutan walau awalnya hanya beberapa orang sahaja. Yang penting ada murid yang boleh melukis dan mewarna.

Apa strategi awal projek Mural ini?
Antara nama Pasukan Mural terawal ialah Quwini, Rabiahtul Adawiah, Danisha Qaisara, Tuan Nur Qistina, Qaseh Qaisara, Ifti Qasih, Nur Atikah, Wan Anis Arissa, Aiman Umar dan Shahir. 
Strategi awal sebelum memulakan Mural ialah perbincangan . Perbincangan dilakukan untuk memastikan lukisan yang sesuai dilukis berdasarkan contoh-contoh mural yang dicetak dari Google.
Berbincang dahulu sebelum memulakan projek mural.

Hasil perbincangan, Laluan dari tangga depan akan dibuat Mural Taman bunga dan Laluan dari Tangga Belakang adalah Mural mengikut panitia pelajaran.

Mural Taman Bunga
Bermulalah melukis dan mewarna mural Taman Bunga.

Melukis mural dahulu sebelum mewarna

Mula mewarna

Inilah team mural terawal menyertai projek mural ini.

Bimbingan dari Cikgu Hasbullah

Peringatan!!
Sebagai guru, kita perlu sentiasa memantau mereka kerana ada masa mereka leka dan bermain-main menyebabkan berlaku tumpahan cat dan lukisan tidak mengikut contoh yang diberi😅

Doodle Team
Selang beberapa hari, cikgu Hasbullah memanggil beberapa murid yang berbakat dalam lukisan Doodle Art. 
Apa yang perlu disediakan ialah:
1. Cat hitam
2. Cat putih
3. Berus lukisan mata tajam

Esoknya, bermulalah Mural Doodle Art yang sangat kreatif. Segalanya hasil seni dan ilham murid-murid ini iaitu Nur fasihah, Nur Balqis, Intan NurAisyah, Nia Nadhirah, Aqilah Izzaty & Nur Humairah.

Langkah Memulakan Mural Doodle Art


1. Cat dinding dengan cat warna hitam
2. Berbincang dahulu tentang tulisan dan bentuk lukisan yang hendak dilukis
3. Lukis menggunakan pensil dahulu
4. Lukis menggunakan cat putih
5. Idea dan kerjasama sangat penting dalam penghasilan Doodle Art ini
Mural mengikut Panitia .
Alhamdulillah, ahli yang menyertai team mural semakin bertambah pada minggu kedua. Projek mural seterusnya adalah Mural mengikut mata pelajaran. 
Langkah yang perlu dibuat ialah:
1. Meminta setiap Ketua Panitia agar mencadangkan lukisan mural yang sesuai dan memberi impak tinggi pada murid-murid.
2. Memilih cadangan mural yang diberikan.
3. Mengagihkan team mural kepada beberapa kumpulan bagi menyiapkan mural setiap matapelajaran.
4. Bimbingan dan pemantauan sentiasa diberi.

kagum dengan kegigihan mereka

sentiasa tekun menyiapkan tugasan

Sangat berbakat anak-anak ini

Hari Sabtu pun sanggup hadir

Teruskan usaha
Mural Galakan Membaca
Selain mural matapelajaran team doodle art  juga menyiapkan mural galakan membaca agar murid-murid minat ke pusat sumber
Bekerjasama menyiapkan mural

Mural Selamat Datang ke PSS
Mural yang ini saya minta lukis gambar kartun cikgu yang mengalu-alukan pengunjung ke PSS. Yang ini saya tugaskan pada seorang murid sahaja iaitu Quwini namanya
Inilah muridnya ❤️❤️


Jutaan terima kasih kepada semua murid-murid dan guru-guru yang telah menjayakan projek mural ini. semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah dan menjadi insan yang berjaya dan bermanfaat kepada semua.




Previous Post Next Post