Nature

FAIL PUSAT SUMBER SEKOLAH MENGIKUT RUBRIK APSS

 




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Alhamdulillah hari ini dapat mengadakan PLC Pengurusan Fail PSS bersama GPK Pentadbiran dan team AJK PSS yang 'awesome'. Bab Pemfailan PSS ini adalah agak rumit untuk dilaksanakan dengan kekangan masa dan ia memerlukan kerjasama semua warga sekolah . Fail PSS ini adalah untuk menyimpan segala maklumat berkaitan pusat sumber dan  sekolah keseluruhan samada dari kemudahan, bahan, peralatan, pencapaian, aktiviti dan lain-lain.

    Selama ini saya cuba urus fail seorang diri. Tetapi memang tidak terkejar dengan tugas-tugas GPM yang bercabang-cabang 😅. Sepanjang 5 tahun menjadi GPM, ini adalah kali ke 3 ubah Fail. Kali ini kita urus Fail mengikut Rubrik APSS yang terkini. Pada tahun ini saya cuba buat perubahan dengan wujudkan satu 'team' untuk urus Fail. Seorang pegang satu Fail daripada 5 Fail utama iaitu Fail A - E.


contoh Folder Fail


Fail A 
berkaitan Struktur Organisasi PSS
Fail B 
berkaitan Kemudahan Sekolah
Fail C 
berkaitan Bahan dan Peralatan Sekolah
Fail D 
berkaitan program dan Aktiviti Sekolah
Fail E 
berkaitan Kriteria Sekolah

Untuk mendapatkan Rubrik APSS untuk Pemfailan PSS, 
Boleh tekan sini 👇



Semoga team Fail PSS ini diberi kelapangan masa untuk menunaikan segala amanah yang diberikan.
اللهم يسر ولا تعسر
    
Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Ameen


2 Comments

  1. Alhamdulillah... Terbaik Kak Hannan.. Smg dipermudahkan urusan dan diberkati Allah.. 😍👍🏻

    ReplyDelete
Previous Post Next Post