Nature

Bersedia Mendepani Cabaran Dunia Pendidikan Digital.





    Tahun 2022 telah melabuhkan tirainya. Kini Tahun 2023 menjelma. Pastinya terdapat pelbagai kenangan manis, pahit, suka dan duka sepanjang menempuhi tahun 2022. Biarkanlah ia menjadi sejarah hidup kita. Sudahkah kita bersedia untuk menempuhi tahun 2023 khususnya dalam arena dunia pendidikan. 

    Alhamdulillah, permulaan Tahun 2023 yang positif dengan terciptanya Blog sendiri dengan domain dot.com iaitu www.raziahanuar.com . Allah tahu niat baik dan impian hambaNya dan pasti Allah akan menunjukkan jalan menuju impian. Terima Kasih Akademi Youtuber khususnya Yu Suffi , Yu Zuly dan semua yang terlibat yang membimbing para guru bukan sahaja menjadi Youtuber Pendidikan malah Blogger Pendidikan dan akan lebih dari itu. Walaupun masih bertatih dalam dunia blogger ini, langkah harus diteruskan sehingga menuju kejayaan  seperti pepatah English "slowly but surely".

    Ayuh sahabat seperjuangan, kita persiapkan diri kita untuk menerima segala perubahan dan kemajuan dalam dunia pendidikan. Teruskan melangkah ke depan, usah dipandang lagi ke belakang. Teruskan niat yang suci walau dipandang sinis oleh sesetengah pihak. Semoga Allah sentiasa memberkati dan meredhai segala kerjabuat kita selaku guru dan pendidik.

    Tahun 2022, saya sendiri agak sebok dengan kerja-kerja hakiki selaku guru Media dan Guru Bahasa Arab. Channel Youtube pun dah mula bersawang. Dengan azam dan semangat tahun 2023, saya akan cuba bangkit semula untuk memberikan yang terbaik buat semua khususnya dalam menghasilkan videovideo pdpc dan maklumat serta info berkaitan pendidikan. Semoga perkongsian yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua.

    Ayuh semua , kita bangkit memperkasakan dunia pendidikan demi agama , bangsa dan negara tercinta

سيروا على بركة الله 😍

Dapatkan video-video pembelajaran yang menarik 👇



11 Comments

  1. Alhamdulillah.. Tahniah Kak Hannan... Smg terus menyinar😎😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukron ustaz..banyak lagi nak berguru dgn cfusyamz ni 😁

      Delete
  2. Alhamdulillah...tahniah ustazah. terima kasih atas perkongsian bermakna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cikgu.. sama-sama kita terus melangkah ☺️

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Tahniah ustazah👏👏👏

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga hadir 2023 hidup kita lebih ceria, bahagia dan sejahtera.Amin.

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Selamat tahun baru 2023

    ReplyDelete
  6. Insya-Allah semua akan dipermudah untuk Ustazah menabur bakti

    ReplyDelete
  7. Tahniah adik manis...baru berkesempatan jalan2 rumah kawan2...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post